Penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas
1Malaysia Kali Keempat 2013 merupakan usaha berterusan meningkatkan potensi
murid-murid Berkeperluan Khas (BK) dalam bidang sukan.
Menurut
Pengarah Pelajaran Negeri, Jame Alip
selain menyumbang kepada pembangunan modal insan, kejohanan itu juga berupaya
meningkatkan persefahaman dan persaingan sihat dalam kalangan peserta.
Beliau berucap merasmikan Majlis
Penutupan Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat
Negeri Sabah 1Malaysia Kali Ke-4 2013 di Kompleks Sukan Kudat, Kudat. Teks
ucapan beliau dibacakan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas,
Haji Ahmad Sabari Haji Kamari.
Tegas Jame, pelajar Pendidikan
Khas mampu bersaing secara sihat sekaligus menyumbang kepada diri, masyarakat
dan negara.
Sehubungan itu, beliau berharap
semua atlet dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas terus tampil menonjolkan
kecemerlangan sukan di arena lebih besar.
Johan keseluruhan dimenangi wakil
Bahagian Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Manakala Bahagian Selatan dan
Pantai Barat masing-masing ditempat kedua dan ketiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan