Rabu, 24 April 2013

PERATURAN (dikemaskini pada 7 MEI 2013 Jam 4.20PM)


PERATURAN AM
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH 1MALAYSIA 2013
 


1.         UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan-Peraturan Am Majlis Kokurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
( MKPKPM ), Peraturan-peraturan IPC dan IBSA dan Peraturan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.


2.         KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA

2.1        Kategori yang akan dipertandingkan adalah bagi pelajar lelaki dan perempuan. Tiga kategori peserta adalah seperti berikut :

2.1.1     Bermasalah Pembelajaran        -           menggunakan singkatan ‘BP’
2.1.1.1 Bermasalah Pendengaran ( BD ) akan bersaing dalam acara ’BP’
2.1.2     SINDROM DOWN                      -           menggunakan singkatan ‘SD’


            2.2        Kelayakan Peserta :

2.2.1     Kelayakan peserta sila rujuk Rujuk Peraturan 3 ceraian 3.1 – 3.2 dalam Peraturan-Peraturan Am  MKPK KPM.

2.3.       Had umur peserta-peserta :

            2.3.1        Junior (14 tahun).
                                    2.3.2        Senior (15 tahun ke atas dan 19  tahun).

2.4        Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran  dalam tahun pertandingan itu
                  diadakan .

Contoh :

a.             Lahir pada dan selepas 1999  layak menyertai Kategori Junior pada pertandingan yang diadakan pada tahun 2013.
b.         Lahir 1994 hingga 1998 layak menyertai Kategori  Senior pada pertandingan yang diadakan pada tahun 2013.
2.5        Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu ketetapan khas dilakukan. (Seperti acara terbuka yang diwartakan semua peserta dari semua peringkat umur boleh menyertai tanpa menjejaskan penyertaannya dalam kategori peringkat umurnya tetapi penyertaannya diambil kira dalam jumlah penyertaan individunya)

5.4        Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

5.5          Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan dan  Kad OKU asal untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola pertandingan sebelum pertandingan dijalankan. Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut menyebabkan peserta tersebut dihalang dari menyertai pertandingan atau dibatalkan penyertaannya.

3.         JENIS-JENIS PERTANDINGAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN
Acara-acara pertandingan:

3.1        JUNIOR : 14 Tahun ke bawah

Bil
Acara
Bermasalah Pembelajaran& Pendengaran

Sindrom Down

L
P
L
P
1
100 M
X
X
X
X
2
200 M
X
X


3
L Jauh
X
X


4
L Peluru
X
X


4 kg
4 kg
5
4 x 100 M
X
X


6
4 x 200 M
X
X


7
Softball Throw
x
x
8
St. Long Jump
X
X
Jumlah Acara
6
6
3
3

Jumlah Peserta Junior   = 22 Orang Lelaki
(44 Orang)                     = 22 Orang Perempuan


3.2        SENIOR : 15 – 19 Tahun

Bil

Acara

Bermasalah Pembelajaran & Pendengaran

Sindrom Down

L

P

L

P

1

100 M

x

X

X

X

2

200 M

x

X

 

 

3

400M

x

X

 

 

4

800 M

x

X

 

 

5

1500 M

x

X



6

L Jauh

x

X

 

 

7

 

L/Peluru

x

5.45 kg

x

4 kg


8

L/Cakera

x
1.5 kg
x
1 kg


9

M/Lembing

x

700 g

x

600 g

 

 

10

4 x 100 M

x

X

 

 

11

4 X 400 M

x

X

 

 

12

Softball Throw

 

 

X

X

13
St. Long Jump


X
X

Jumlah Acara

11

11

3

3

Jumlah Peserta Senior   = 28 Orang Lelaki
(56 Orang)                     = 28 Orang Perempuan




4.         HADIAH-HADIAH

            4.1        Acara Individu               :     Tempat pertama hingga ketiga.
4.2        Acara Berpasukan         :     Tempat pertama hingga ketiga dengan enam orang peserta.
4.3        Sijil                               :     Sijil Pemenang                   
                               

5.         CARA PERTANDINGAN

5.1        Setiap kontinjen adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada DUA orang ( 2 ) peserta bagi setiap acara individu dan SATU   ( 1 ) pasukan bagi acara lari berganti-ganti.

5.2  Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut :   

Kumpulan
Individu
Lari Berganti-ganti
CATATAN
Junior
3
2

Senior
3
2

Sindrom Down
3
-

5.3          Bagi acara yang kurang daripada EMPAT (4) penyertaan acara tersebut akan diteruskan dan pingat kemenangan akan diambil kira dalam pengiraan johan keseluruhan / kategori menggunakan :

i.    “minus – one rule” untuk DUA (2) atau TIGA (3) penyertaan ( Bermaksud : 3 penyertaan, hanya tempat pertama dan kedua sahaja diambil kira pingat dan 2 penyertaan hanya johan sahaja yang diambil kira )
ii.     “syarat mengatasi rekod” untuk penyertaan TUNGGAL.

5.4        Bagi acara 4 x 100 M, peserta MESTI berlari dalam lorong masing-masing dan pertukaran baton MESTI  dibuat dalam zon pertukaran baton. Selepas memberi baton ( changer over ) peserta-peserta hendaklah berada dalam lorong masing-masing sehingga pertukaran baton di tempatnya selesai supaya tidak mengganggu peserta lain.

5.7          Permulaan larian bagi acara pecut dengan mulaan dekam (crouch start) dengan menggunakan starting block adalah diwajibkan.

5.8          Paku ‘spike’ yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6mm untuk acara balapan dan 9mm bagi acara padang.

5.9          Pelepas bagi peserta kategori BD hendaklah menggunakan pistol dan bendera serta dilaksanakan oleh orang yang sama secara serentak.

5.10        Kedudukan bendera untuk melepaskan peserta BD mengikut ketetapan berikut:

                        5.10.1   Ke garisan        -  Bukaan tangan dari kedudukan 90diturunkan ke 300 .
                        5.10.2   Sedia                -  Dari kedudukan tangan 300, dinaikkan ke 1600.
                                    5.18.3   Mula                 -  Dari kedudukan 1600 tangan diturunkan rapat ke tepi paha.

5.11      Saiz bendera pelepas ialah 297 mm  x  420 mm dan berwarna  JINGGA.

5.12      Apabila berlaku “fault start “ untuk peserta BD, pengadil  lorong hendaklah masuk ke dalam lorong untuk menahan peserta dari meneruskan larian.

5.13      Dalam setiap kategori saringan, tidak dibenarkan negeri/zon yang sama berada di dalam  saringan berkenaan.

6.         PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

6.1        Pendaftaran peserta hendaklah dibuat DUA ( 2 ) minggu  sebelum kejohanan berlangsung dengan menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh jawatankuasa pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Pegawai Kokum di zon masing-masing.

6.2          Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.

7.         PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

7.1        PENGUNDIAN LORONG

7.1.1     Pengundian lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa  Pengelola   7  hari sebelum hari  kejohanan.

7.1.2     Sebarang penggantian tidak akan dilayan selepas pengundian.


7.2        TAKLIMAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

Semasa taklimat untuk pengurus-pengurus pasukan, hanya penarikan diri peserta dibenarkan tanpa pengganti.


7.3        PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

7.3.1     Jika didapati seseorang peserta telah disahkan penyertaannya semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI jika dapat  mengemukakan surat pengesahan sakit /  cedera dari Pegawai Perubatan Kejohanan, peserta berkenaan tidak akan  dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan  atas namanya.

7.3.2       Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit / cedera dari Pegawai  Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.   

7.3.3     Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat pegawai perubatan kejohanan, hanya boleh menggambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada   Pengurus Kejohanan.

7.4        PENGGANTIAN DALAM ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Penggantian bagi acara lari berganti-ganti, dihadkan kepada  DUA ( 2 ) orang peserta yang didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi.

8.         MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1        Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit  bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkaan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta / Marsyal. 

8.2        Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

8.3        Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin setiap penjuru di baju lari masing-masing.

8.4        Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, setiap peserta mesti menunjukkan “TAG PENGENALAN RASMI DAN KAD OKU ” kepada Pegawai Pengesahan Peserta yang diwakili oleh ahli MPKPKPM / PENGANJUR. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

8.5        Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap telah tarik diri.

9.         PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1          Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta atau guru pengiring yang memakai ‘TAG PENGENALAN  TERTENTU’. 4 tag tersebut akan disediakan untuk setiap kontinjen sebagai pas. Guru pengiring yang memakai tag pengenalan dibenarkan masuk ke arena pertandingan bila-bila masa.

9.2        Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan  nombor mereka dan balik ke tempat rehat peserta dengan serta-merta selepas itu.


10.        MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang telah ditetapkan.


11.        PENENTUAN KE ACARA AKHIR


11.2      BAGI ACARA BALAPAN BERMASALAH PENDENGARAN ( BD )
DAN  MASALAH PEMBELAJARAN ( BP )

11.2.1   EMPAT SEPARUH AKHIR.
Satu pemenang separuh akhir dan dua orang peserta yang mencatat masa terbaik akan ke akhir.
11.2.2   TIGA SEPARUH AKHIR
Satu peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan tiga orang peserta yang mencatat masa terbaik layak ke pertandingan akhir.
11.2.3   DUA  SEPARUH AKHIR
Dua peserta pemenang setiap separuh akhir dan dua peserta yang mencatat masa yang terbaik layak ke pertandingan akhir.
                        11.2.4   Jika terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan di atas maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta.  Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh juri rayuan.
11.3      Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan, akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan Dan Perangkaan dengan pengawasan atau penyeliaan juri rayuan.


12.        PENENTUAN PESERTA TERBAIK


             12.1      KATEGORI PESERTA TERBAIK

12.1.1   Peserta terbaik 14 tahun ke bawah lelaki dan perempuan mengikut kategori
            ( BD, BP).
12.1.2   Peserta terbaik 15 tahun ke atas lelaki dan perempuan mengikut kategori
( BD,BP).





12.2      PESERTA TERBAIK

12.2.1   Hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baru di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas.

12.2.2    Sekiranya tiada rekod baru dibuat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.

12.2.3    Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan pingat perak dan seterusnya gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

12.2.4   Sekiranya pungutan pingat masih sama, maka keutamaan akan diberi bagi acara balapan.

            12.2.5   Sekiranya kedudukan masih sama, maka peserta berkenaan akan diisytiharkan sebagai peserta terbaik bersama.

14.        JOHAN 

14.4.1   Johan akan ditentukan dengan jumlah MATA.
14.4.2   Pingat Emas(5mata),  Perak(3mata), Gangsa(2mata) dan Keempat(1mata).
14.4.3   Sekiranya sama maka johan bersama akan diisytiharkan.


15.      HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA

                     
15.1      Jawatankuasa pengelola akan menyediakan nombor pengenalan diri peserta mengikut zon.
15.2.     Warna kain dan nombor:
            15.2.1   Peringkat umur 14 tahun ke bawah      -    Nombor warna hitam atas kain putih
            15.2.2   Peringkat umur 15 tahun ke atas          -    Nombor warna merah atas kain putih.
             
15.3      Setiap zon ditetapkan 100 siri nombor yang sama untuk kategori Junior dan Senior.

15.4      Senarai zon dan nombor :

BIL.

ZON –KOD (Warna Baju&Bendera )

DAERAH

1

Tenggara - T (Kuning)

Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu

(T001-T100)

2.

Pantai Barat - P (Hijau)

Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, Penampang

(P101-P200)

3.

Pantai Barat Utara - U (Coklat)

Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas

(U201-U300)

4.

Pedalaman – K (Merah Jambu)

Keningau, Tenom, Tambunan, Nabawan

(K301-K400)

5.

Selatan – B (Oren)

Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Papar

(B401-B500)

6.

Sandakan – S (Maroon)

Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid (Tongod)

(S501-S600)

7.

Pendengaran – D (Unggu)

SMKDPM, SM Teknik, SKPKK

(D601-D700)


            15.5      Contoh nombor : Junior – D601 – D644
                                        Senior – D645 – D700
                                               

16.        BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan KOAM kecuali perkara- perkara berikut:

16.1      Jika masalah bantahan berkenaan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan.  Perkara tersebut akan dikemukakan kepada MKPKJPNSBH kemudian.
16.2      Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan, hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada
i.     15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat awal.
            ii.    30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

16.3        Sebarang bantahan bertulis kepada juri rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan
            sebanyak RM 200.00.

17.        HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

17.1      Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan. Tetapi jawatankuasa pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik  Olahraga Pendidikan Khas Negeri berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu.  Jika berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

17.2      Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang.
17.3      Pengerusi Teknik Dan Pertandingan  TIDAK DIBENARKAN MEMINDA segala Peraturan Am Olahraga Pendidikan Khas, TANPA MENDAPAT KELULUSAN DARI MKPKJPNSBH.

17.4       Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kecederaan atau kehilangan harta benda walaupun beberapa persediaan dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh jawatankuasa pengelola, semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat penginapan, ke stadium / venue pertandingan dan sebaliknya.  Ia termasuklah :

i.          Semasa kejohanan dijalankan
ii.         Di dalam dan di luar kawasan stadium
iii.        Di tempat-tempat pertandingan.



“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan