Khamis, 16 Mei 2013

Statistik Keputusan Mengikut Acara


http://www.4shared.com/office/yjMGq4Eo/hari_kedua.html
http://www.4shared.com/office/Pc-XnoJT/hari_pertama.html
http://www.4shared.com/office/ufpUxscW/KEPUTUSAN_FINAL_DAN_KEDUDUKAN_.html

BERITA RTM

http://besrtmkk.wordpress.com/2013/05/15/15052013-kejohanan-balapan-dan-padang-pendidikan-khas-1malaysia-kali-keempat-2013-merupakan-usaha-berterusan/ 


Penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 1Malaysia Kali Keempat 2013 merupakan usaha berterusan meningkatkan potensi murid-murid Berkeperluan Khas (BK) dalam bidang sukan.
Menurut Pengarah Pelajaran Negeri,  Jame Alip selain menyumbang kepada pembangunan modal insan, kejohanan itu juga berupaya meningkatkan persefahaman dan persaingan sihat dalam kalangan peserta.
Beliau berucap merasmikan Majlis Penutupan Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 1Malaysia Kali Ke-4 2013 di Kompleks Sukan Kudat, Kudat. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Haji Ahmad Sabari Haji Kamari.
Tegas Jame, pelajar Pendidikan Khas mampu bersaing secara sihat sekaligus menyumbang kepada diri, masyarakat dan negara.
Sehubungan itu, beliau berharap semua atlet dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas terus tampil menonjolkan kecemerlangan sukan di arena lebih besar.
Johan keseluruhan dimenangi wakil Bahagian Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Manakala Bahagian Selatan dan Pantai Barat masing-masing ditempat kedua dan ketiga.