Hari ini (14 Feb 2013 ), saya bertugas di Kompleks Sukan Kudat sebagai Penjaga masa untuk MSS Zon Matunggong dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Saya tidak terasa terik matahari kerana setiap saat angin bertiup sehingga menjatuhkan halangan acara lompat pagar dan memberi kesan kepada kelajuan atlet bagi acara balapan kerana terpaksa melawan tiupan arah angin yang tidak menentu. Oleh itu, saya mencadangkankan kepada jurulatih setiap kontigen, memberikan latihan intensif kepada atlet masing-masing berlatih di kawasan yang berangin seperti pantai dan sebagainya. Ini bertujuan untuk membiasakan diri apabila berdepan situasi berlari melawan tiupan arah angin.
Daripada;
MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA
atlet tuan rumah tiada masalah dengan angin
BalasPadam