Rabu, 24 April 2013

HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA


                     
15.1      Jawatankuasa pengelola akan menyediakan nombor pengenalan diri peserta mengikut zon.
15.2.     Warna kain dan nombor:
            15.2.1   Peringkat umur 14 tahun ke bawah      -    Nombor warna hitam atas kain putih
            15.2.2   Peringkat umur 15 tahun ke atas          -    Nombor warna merah atas kain putih.
             
15.3      Setiap zon ditetapkan 100 siri nombor yang sama untuk kategori Junior dan Senior.

15.4      Senarai zon dan nombor :

BIL.

ZON –KOD (Warna Baju&Bendera )

DAERAH

1

Tenggara - T (Kuning)

Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu

(T001-T100)

2.

Pantai Barat - P (Hijau)

Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, Penampang

(P101-P200)

3.

Pantai Barat Utara - U (Coklat)

Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas

(U201-U300)

4.

Pedalaman – K (Merah Jambu)

Keningau, Tenom, Tambunan, Nabawan

(K301-K400)

5.

Selatan – B (Oren)

Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Papar

(B401-B500)

6.

Sandakan – S (Maroon)

Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid (Tongod)

(S501-S600)

7.

Pendengaran – D (Unggu)

SMKDPM, SM Teknik, SKPKK

(D601-D700)


            15.5      Contoh nombor : Junior – D601 – D644
                                        Senior – D645 – D700

Surat Undangan Mengambil Bahagian


KERTAS KERJA (terkini 2 mei)


KERTAS KERJA
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH 2013
ANJURAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUDAT
TARIKH: 12 MEI 2013 HINGGA 15 MEI 2013

1.0      TEMA
“ MENCIPTA JUARA BERTARAF DUNIA”

2.0      PENGENALAN
Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 1Malaysia Tahun 2013 bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan pembelajaran kali ini adalah kali ke-4.  Pada tahun ini, kutipan pingat untuk juara keseluruhan kejohanan ini akan melibatkan murid-murid Sindrom Down. Sebanyak 7 Zon akan mengambil bahagian iaitu :
                Bahagian Tenggara (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu)
                Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, Penampang)
                Bahagian Pantai Barat Utara (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas)
                Bahagian Pedalaman (Keningau, Tenom, Tambunan, Nabawan)
                Bahagian Sandakan (Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod)
                Bahagian Selatan (Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Papar)
                Bahagian Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran (SR & SM)

3.0   RASIONAL
Untuk memupuk semangat kesukanan dan menyerlahkan bakat murid istimewa dalam acara balapan dan padang di peringkat negeri Sabah.

4.0   OBJEKTIF
4.1          Mencungkil bakat baru dalam sukan olahraga ( balapan dan padang )
4.2          Memilih atlet-atlet balapan dan padang daripada kategori Bermasalah Pendengaran dan Pembelajaran untuk mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan.
4.3          Mendedahkan kepada masyarakat setempat bahawa murid-murid khas juga boleh bersukan walaupun dengan kekurangan yang mereka hadapi.
4.4          Melatih kepimpinan dalam kalangan guru dalam mengelolakan dan mengendali kejohanan seperti ini.
4.5          Memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.
4.6          Menyahut seruan kerajaan dalam menanam minat bersukan dalam kalangan murid-murid Berkeperluan Khas.

5.0   PENGANJUR
Pejabat Pelajaran Daerah Kudat dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

6.0   KUMPULAN SASARAN
Semua guru pendidikan khas dan murid pendidikan khas (istimewa) Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

7.0  YURAN PENYERTAAN
Setiap kontinjen dikenakan yuran peyertaan sebanyak RM 250.00.

8.0   TEMPAT DAN TARIKH PERLAKSANAAN
Tempat               :  Kompleks Sukan Kudat
Tarikh                  :  12 Mei 2013 hingga 15 Mei 2013
Masa                     : 7.00 pagi hingga 5.00 petang

9.0   AHLI JAWATAN KUASA
                     -Seperti di lampiran 1
10.0   TENTATIF PROGRAM
                    -Seperti di lampiran 2
11.0   KEWANGAN
   11.1  Sumber Kewangan
            
                11.1  Yuran penyertaan   RM250 x 7 zon                                     = RM1750
                11.2 Peruntukan Sektor Pendidikan Swasta Pendidikan Khas,
       Jabatan Pelajaran Negeri Sabah                                             = RM5000
                113 Peruntukan MSSS                                                               = RM10000
                                                                                                JUMLAH   = RM16750 

   11.2.  Anggaran Bajet
Bil
Perkara
Jumlah
Jumlah Besar
1
URUSETIA
- Alat tulis, cetakan, kertas & luar jangka
- venue ( RM100 X 2 hari )
- Tag petugas ( RM2X150 )

RM1300
RM200
RM300



RM1800.00
2
PERTANDINGAN DAN PERANGKAAN
- Kain nombor peserta

RM400

RM400.00
3
KEPEGAWAIAN
- Baju Petugas (RM30 x 150 orang)

RM4500

RM4500.00
4
JEMPUTAN DAN SAMBUTAN
-Persembahan, bunga Roset dan bahan sambutan lain


RM520


RM520.00
5
PERASMIAN DAN PENUTUPAN
-Gimik

RM500

RM500.00
6
HIASAN, KEBERSIHAN & KECERIAAN
- Bunga , riben, plastic sampah & belon

RM380

RM380.00
7
PERTOLONGAN CEMAS
-Ubat-ubatan dan ais batu

RM250

RM250.00
8
DOKUMENTASI, RAKAMAN, SIARAYA,PUBLISITI
- 3 Banner Besar
- 50 Poster / banting kecil

RM600
RM500


RM1100.00
9
KAWALAN, KESELAMATAN DAN LALULINTAS
- Pita kecemasan

RM130

RM130.00
10
HADIAH,SIJIL DAN CENDERAMATA
--240 medal X RM8.00

-5 PIALA OLAHRAGAWAN/PERBARISAN
-7 HAMPER PERBARISAN
- SIJIL

RM1920

RM500
RM700
RM250





RM3270.00
11
BUKU CENDERAMATA/PROGRAM
- percetakan dan kertas

RM300

RM300.00
12
MINUMAN PEGAWAI/PEMBANTU TEKNIK / VIP
- Sarapan pagi ( RM3 ), makan tengahari (RM5 )& minum petang ( RM2 ) pegawai&pembantu teknik (RM10 X 2 Hari  X 150 Orang)
- Jamuan perasmian VIP ( RM10 X 30 )
- Jamuan Penutupan VIP ( RM10 X 30 )



RM300
RM300
RM300





RM900.00



13
AIR MINERAL  ( 200 KOTAK X RM8.00 )
RM1600
RM1600.00





JUMLAH BESAR
RM15650.00
( SUMBER KEWANGAN RM16750 - PERBELANJAAN RM 15650 = RM1100 )


12.0   Kronologi Pelaksanaan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 1Malaysia Tahun 2013

Bil
Perkara
Tarikh
1
Mesyuarat Induk Melantik tuan rumah ( pengelola )
18 Januari 2013
2
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 1/2013
28 Januari 2013
3
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 2/2013
29 Januari 2013
4
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 3/2013
7 Februari 2013
5
Mesyuarat Penyelarasan Bil. 1/2013
 19 April 2013
6
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Bil. 1/2013
 25 April 2013
7
Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2/2013
30 April 2013
8
Mesyuarat Penyelarasan Bil. 3/2013
7 Mei 2013 (pagi)
9
Taklimat Teknikal Petugas-petugas semasa Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2013
7 Mei 2013 (petang)
10
Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2013
7 Mei 2013 (petang)
11
Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2013
13 -  14 Mei 2013
12
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2013
14 Mei 2013 (petang)
13
Majlis Makan Malam Meraikan Semua Kontijen bertanding
14 Mei 2013 (malam)
14
Kontinjen yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2013 balik ke tempat masing-masing.
15 Mei 2013
15
Post Mortem Kejohanan
20 Mei 2013

13.0        Indikator kejayaan

Pengelolaan dan pelaksanaan program yang berjaya.
Pelaksanaan program mengikut masa yang diprogramkan.
Pelaksanaan program yang tiada atau kurang kesilapan / masalah.

14.0        Pemantauan pelaksanaan program

JK penganjur Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2013 bagi murid-murid Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran.
  

15.0  PENUTUP
Pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 1Malaysia 2013 sangat berbesar hati agar program ini dapat diluluskan dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Jawatankuasa juga berharap agar program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. 


” MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ”